Malaysiaku tercinta..
Saban hari melihat Malaysia lagi terhimpit dengan masalah-masalah yang masih lagi tidak relevan dalam perdebatan di Dewan Rakyat. Terpaksa akur dengan kehendak sesetengah kroni yang mendesak kerajaan dalam mendapatkan sebarang projek demi keuntungan yang berlipat ganda... keluhan mendatang
Layan pulak this new issue plak, Pembinaan Istana Negara di jalan Duta plak. Kenapa plak? Izit a big deal? Ya, it is lah! Bukan isu berapa juta yang dihabiskan dalam melaksanakan projek itu, namun hakikat nya bagaimana proses pelaksaan/pembinaan itu adalah agak tidak wajar dalam ketelusan dan kewibawaan sebagai seorang pemerintah..
Sebagai seorang rakyat, kita hanya mahukan ketelusan dalam setiap maklumat yang disampaikan di media massa itu sendiri, namun... anda pasti ia adalah benar di media itu? saya tanya anda jawab. Saya rasa tidak sama sekali.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini tergempar pulak dengan isu pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta telah naik dua kali ganda dalam masa empat tahun sehingga mencecah 811 juta ringgit malaysia..Banyak kan? Tidak dinafikan, kadar inflasi yang semakin meningkat ini menyebabkan harga barang binaan semakin meningkat dan terus meningkat.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng terpaksa menjawab pelbagai soalan dari pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mengeluarkan aggaran bahawa kos pembinaan istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta adalah menjadi keraguan semua. Ketelusan budget diharapkan dapat dilaksanakan
Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikatkata Yong.? JAP.. cuba baca sekali lagi..
melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka,
Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan. Maka, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan projek ini kepada 3 buah syarikat tertentu dan bukanlah tender terbuka.
Nga Kor Ming (DAP-Taiping) telah memberikan respons agak lantang- yang mengajukan soalan tersebut -perundingan langsung itu bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Model Ekonomi yang menjanjikan tender terbuka dalam setiap projek kerajaan.
Mana keadilan di situ? Hilang ditelan zaman, musnah dibawa angin, hancur dimakan tanah?.
Isu kedua pulak bagaiman kita sendiri amat sanjung kepada Ketua Negara kita, Agung kita. Maka, saya kira bahawa setiap yang kita lakukan harus memberi penekanan terhadap isu keselamatan Agung dan Pemaisuri nya dalam pembinaan Istana negara itu..Namun?
Anda masih ingat peristiwa yang terjadi di Terengganu, tanggal 2 Jun 2009, Stadium Gong Badak menjadi sebutan ramai apabila runtuh.? Peristiwa itu jugak mengamit Dewan Rakyat kali ini. Pe kaitan dia dengan pembinaan Istana Negara yang baru? Soalan yang agakbagus... >.<
Stadium berkenaan merupakan (bekas,huhu) menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super. Itu semua hancur apabila ia telah MUSNAH!
Lambang terengganu itu hancur sama sekali,. Reasons kenapa peristiwa itu terjadi masih menjadi persoalan Malaysia..
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, pembinaan Istana tersebut hanya memberikan kepada tiga SYARIKAT utama kerana pembinaan ini agak unik dan istimewa sehingga kerajaan memerlukan kepakaran yang agak tinggi dalam memastikan keselamatan Agung kita dalam terjaga dan terkawal rapi..
NAMUN.. semua itu dusta ?
KERANA.....Menurut ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, salah seorang kontraktor yang sungguh "istimewa" itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.? Mana alasan dia yang menyatakan bahawa mereka memerlukan kontraktor yang sangat unik dalam pembinaan ini agar semua aspek keselamatan dapat dipenuhi ?
Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.
Taruhan nyawa AGUNG sebgini?
Beginikah hasil konraktor yang unik?
Entri kali ini hanya cuba ingin membawa anda merenung apakah nasib Agung tercinta gara-gara sikap segelintir pemerintah kita yang bertunjangkan wang semata-mata.
ALLAHUALAM =))
No comments:
Post a Comment