:: Ibnurahman is the author ::
Report the news of entire world, Describe for the single things in any place, Inform the facts of any thing and Let the people know the truth of my thought.
The way to activate the seeds of my creation is by making good choices about the results I want to create by those seeds. When I made the choices, activates the energies internally and externally.
Assalamalaikum semua.
Agak berhabuk blog ini dengan entri2 yang baru, mungkin tuan penulis agak sibuk dengan pelajaran. Insha-ALLAH, tinggal 2 bulan lagi tinggal untuk konvoksyen tuan penulis. Moga dengan sijil sarjana muda itu akan digunakan untuk masa hadapan ummah, bangsa dan negara. Insha-ALLAH
Sepanjang pemerhatiaan tuan penulis di bumi AMERIKA ini, melihat bagaimana lidah2 orang (selain American), selalunya kita punya English (even tidak sehebat mana), tetapi masih lagi baik jika dibandingkan dengan orang2 dari negara lain. Seharusnya, umat islam yang berbangsa melayu seharusnya lebih bersyukur akan kerana dikurnakan akan lidah yang amat mudah untuk menyebutkan dan mentuturkan bahasa2 lain TERMASUK lah huruf, perkataan dan bacaan Al-quran itu sendiri.
Hari ini, terfikir tuan penulis untuk kongsi akan ilmu cara bacaan AL-QURAN yang pernah di ajar oleh ustaz kelas tahfiz tuan penulis masa ketika suatu ketika dahulu.
Dalam KitabuALLAH itu sendiri ALLAH pernah berfirman dalam surah AL-MUZZAMMIL, ayat 4:
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Dalam mendefinisikan Tartil itu sendiri, kaedah bacaan Al-Quran ada empat kaedah kesemuanya:
Pertama: Al-Hadr (Cara Bacaan yang cepat dengan tajwid yang betul) Selalu nya kaedah ini di gunakan oleh pelajar-pelajar tahfiz yang ingin mengulang hafalan-hafalan mereka dengan cepat dalam masa yang sama tajwid semua dijaga dengan betul.
Kedua: Tahkid (Bacaan yang satu-satu) Kaedah ini selalu digunakan oleh orang-orang baru belajar al-quran, satu persatu perkataan. Golongan yang selalu menggunakan kaedah ini selalunya tidak biasa akan penggunaan tajwid. Kalau kita di sekolah rendah, pasti akan ada suatu ketika dahulu, ustaz kita sebut baca perlahan-lahan, lepas tu semua murid ikut pulak bacaan itu. Itulah yang dinamakan Tahkid.
Ketiga:Tadwir (Bacaan sederhana; tidak terlalu cepat, juga tidak terlalu lambat) Kaedah ini selalu digunakan oleh tuk imam2 di masjid, bacaan dengan sederhana dengan semestinya tajwid yang betul. Sebagai contoh yang paling dekat, kita boleh lihat bagaimana bacaan video ini sendiri;
Keempat: Tartil (Bacaan berhati-hati,memahami maksud, memerhati dan meghayati dengan maksud)
Kaedah ini adalah kaedah yang TERBAIK dalam kaedah2 yang lain. Bacaan yang sempurna adalah bacaan yang penuh dengan penghayatan dan pengisian yang datang dari Al-Quran.
Budaya ORANG KITA:
Selalu kita mengutuk kepada golongan-golongan yang selalu akan sukar untuk membaca AL-QURAN gara-gara lidah mereka sudah keras, sudah tua baru nak belajar Aliff Baa Taa, ketahuilah sesungguhnya sahabat-sahabat sekalian, bahawa gologan2 ini yang mengalamai akan kesukaran untuk membaca KITABALLAH itu akan mendapat 2 pahala.
Moga entri ini akan beri manfaat kepada semua. ^.^
Niagara Falls
Alhamdulillah, tuan penulis sudah menjejaki di sini ketika cuti musim bunga yang lepas.
I love writing as well mathematics. I wish I could travel around d world to see others culture, meet other people and gain more experiences. Next 1o years : an actuary ?