Pages

Subscribe:

Labels

Category

Wednesday, July 28, 2010

Views on tawakal


Suatu hari ada orang kaya masuk masjid untuk melaksanakan sholat, dia termasuk orang yang saleh, lalu dia melihat seorang anak kecil yang berumur tidak lebih dari dua belas tahun sedang berdiri mengerjakan sholat dengan khusyu’, melakukan ruku’ dan sujud dengan hening dan tenang, tatkala anak itu selesai dari sholatnya mendekatlah si kaya seraya bertanya kepadanya,

”Anak siapakah kamu ?”
”Aku anak yatim, aku kehilangan ayah dan ibuku”
”Maukah kamu menjadi anakku?”

Si anak berkata,”Apakah engkau akan memberiku makanan ketika aku lapar?”

Si lelaki kaya menjawab,”Ya, Insya Alloh”

”Apakah engkau akan memberi minum ketika aku haus?”

” Ya, Insya Allah”

” Apakah engkau akan memberiku pakaian ketika aku telanjang?”

” Ya, Insya Allah”

” Apakah engkau akan menghidupkan aku tatkala aku sudah mati?
Takjublah lelaki itu seraya berkata,’ ”Ini tidak mungkin dilakukan!”
Anak kecil itu berkata, ”Kalau begitu, tinggalkanlah aku bersama Dzat yang telah menciptakan aku, memberiku rezeki, mematikan aku kemudian menghidupkanku kembali”.
Lelaki itu berkata kepada si anak, ”Benar wahai anakku! Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah pasti Dia mencukupinya”.

(Dikutip dari: Asybaluna Al-‘Ulama, Oleh Muhammad Sulthon)

Setelah sekian lama (masuk dalam 2 minggu), visa aku masih dalam proses. Masya-ALLAH, bimbang betul akan nya. Namun, kebimbangan saya tentang benda ini, cukup lah dengan meletakkan pergantungan saya terhadap ALLAH. Bagaimana, apabila kita percaya akan PERANCANGAN "dia" adalah perancangan yang terbaik buat kita. Believe me, macam mana bimbang pun, saya harus meletakkan sepenuh hati saya terhadap Pencipta ini agar semua urusan akan berjalan lebih lancar. Ya ALLAH, janganlah KAU menyulitkan keadaan yang semakin parah ini. Insya-ALLAH.

KItab Asybaluna AL-Ulama itu sendiri da menceritakan bagaimana SEORANG itu akan mencukupi setiap urusan SEKIRANYA meletakkan pergantungan kepada NYA di samping usaha dan berikthiar dengan sebaik mungkin. Usaha saya Insya-ALLAH da mencukupi...

Tatkala, semua kawan-kawan da siapkan semua persediaan, saya masih lagi terkompang kamping.... x pe. Insya-ALLAH,

Semoga ALLAH mempermudahkan setiap urusan ak..-* dengan mood yang sangt down. In d same thing, Insya-ALLAH semua akan ok

p/s : gud luck wat kawan ak, Helmi esok interview... dan Jemput semua kenduri doa selamat rumah saya... nak alamat, msg saya k >.< -rabenalt


3:122. Apabila dua golongan daripada kamu bermaksud untuk berkecut hati walaupun Allah Wali mereka - dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).




3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu telah memutuskan, percayakanlah (tawakal) kepada Allah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mempercayakan.


3:160. Jika Allah menolong kamu, tiada yang dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengabaikan kamu, maka siapakah pula yang dapat menolong kamu sesudah-Nya? Maka kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan.

No comments: